Follow Me

08 March 2012

Orang Baru

Alhamdulillah syukur kehadrat yang maha esa diatas kurniaan orang baru pada adik aku c jue. Adik aku terpaksa dibedah kerana ketidakupayaannya menahan kesakitan yang berpanjangan walaupun telah diberikan ubat . Jam 8.15 bertarikh 22.2.2012 malam lahirlah seorang insan yang ditunggu kehadirannya yang diberi nama Fayyad Hakimi a.k.a ayad@manjo g2 n selamat berpantang.

c jue bersama arissa@my chemok

sayalah ayad hehe

Kursus Bina Insan

Assalamualaikum.......

D tengahari yang indah lagi permai diulit mayang dek kerana hujan yang tidak henti2 lg berkesempatanlah nk update mana yang patut. Minggu lepas baru jer selesaikan amanat nk cukupkan kursus yang sewaktu dengannya hehehe. Tempat yang tidak pernah aku kunjungi selama ini dan teringin plak nk p secara kebetulan terjadilah kursus bina insan di ILIM, Kuala Besut Terengganu huhu senyum sokmo bukan ari2 makang ikang @ kepok lekorrrr tebal ckit rrrr tu.....Perjalanan yang mengambil masa yang amat panjang iaitu 12 jam bertolak dari pejabat seawal pagi sampai d tempat kursus dh malam. Sepanjang perjalanan membuat tahik mato jer....buka mata masih tak sampai2 asyik2 tido sampai naik pening d buatnya. Disebalik kursus yang dihadiri memberi aku iktibar yang sangat menusuk kalbu paling dalam mengenal erti idup dan kesyukuran pada yang maha Esa. Selama ni asyik lalai jer nk buat ker tak terpulang orang kata tepuk dada tanya hati (kubur lain2 aper kisah). Wasiat yang harus dituliskan pada pewaris terdekat memberikan impak yang paling maksimum  pada semua orang hehehe sebaldi rasanya air mata kuar padan muka aku (2 malam terakhir) . Menambah ilmu biarlah seimbang ngan keperluan kita yang hanya sementara sahaja di bumi ni........aduh tersentuh bebenor. Part lagu tema 'Demi Matahari' kupasan dari ayat al-quran dengan pitching ke laut tak dihiraukan keberkesanan yang harus pada semua para peserta. (klu korang nk dgr search kt youtube). Sepanjang aku bersenam, ni yang pertama kalinya berzikir sambil bersenam naik tercungap2 nk sebut ngan ketidakcukupan tidurnya jadual yang agak padat tetapi aku puas hati dapat gak jejakkan kali di Terengganu ni (niat dh lain...subhanallah utk kursus). Jom........

ILIM, Kuala Besut Terengganu

Memulakan perjalanan pulang diiringi dengan doa

Kumpulan Teguh menjadi Juara@Bendahari Kumpulan

ILIM Selamat Jalan......


24 February 2012

Pandainya....adik baca

Assalamualaikum.......
anak2 ader masalah untuk belajar?
dapatkan petua2 dari orang tua2 k....
sesajer nak kongsi kegembiraan untuk anak aku yang sulong c arif ni....

~ ~ ~ ~   layan   ~ ~ ~
 
buku pertama habis baca


pertengahan bln 2 baru ni tukar buku plak nk capai target bg guru2 untuk awal persekolahan katanya (siap jumpa aku nk taulah kat rmh ader buat ulangkaji ker tak c arif ni sambil tunjuk prestasi kedudukan ke-3 dlm kelas .....hehe) dan sebagai pembakar semangat ader hadiah menunggu i2 yang semangat
 
ni yang aku nk tgk.....usaha lebih dan bersemangat hari2 aku suruh baca n ulangkaji (sian anak ibu)
banyak bebenornya kejo rmh yang harus disiapkan ni baru 5 thn@Taska Nasyrah KPDNKK

bila menulis asyik2 padam bukan sbb salah tp tak cantik katanya ikut suka kamulah

inilah hasilnya





permulaan yang bagus selepas mencuba minuman yang berasaskan soya ni c arif mmg dh tak minum susu dh.....i2 yang syorkan cuba produk lain alhamdulillah nampak keberhasilannya....


23 February 2012

Ceramah

Assalamualaikum......
jom beramai2 pergi ceramah bersempena sambutan Maulidur Rasul di Surau MOF hari ni
majlis bermula jam 12.30 tengahari , bersama-samalah kita menambahkan ilmu pengetahuan 
penceramah jemputan adalah Imam Muda Aran (Ahmad Hazran Ahmad Kamal) insyaallah.........

22 February 2012

Comel ker??



sekali pandang macam kembar ......
dua kali pandang mmg serupa.....
adik beradik mmg tak dapat dipisahkan......

up's c abang plak...



Op's Tercium Plak

Macam gempak jer tajuk ni hehehe nk kecoh gak pepagi nie berlaku insiden terrrrcium pintu keto org depan taska anak biasalah pepagi orang nk cepat spai pejabat (termasuk akuler) takut merah plak punch card kan..kan...kan nk salahkan aku tak bley gak coz masa aku nk undur keto aderlah minah ni ngan giler kuasa dsbbkan ketidaksabarannya mgundurkan keto gak tak nampak ker merah tanda berhenti terjadilah insiden terrcium tuuu.....kemik  pintu belakang dikerjakan oleh keto aku kuat harimau tul bumper keto ku ini.......dhlah keto sama brand W.i.R.A kow....terjadilah salah faham dituduhnya aku tak nampak dia tgh undur keto gak masa 2.....(punlah lama dlm keto 2 ingat xmo kuar g ) aku per g katalah yg ko tak sabar sangat naper tak nampak ker aku tgh undur keto yang ko undur gak naper? (cm soalan bodoh plak time tu ngeh...ngeh)......alih2 minah nie naik angin leh kata ' klu nk cari gaduh psl awak punya salah baik tak payah dan dia terus masuk kereta' (nampak sgt ko yang salah) siap rekaciter g bor jalanlah nk layan story mory ko mujurlah keto aku masih elok klu tak mahu aku tuntut mana yang patut.......dikesempatan yang ader minah ni dgr gak laser mulut yang tak diinsurankan hahaha (bukan sy nk gaduh ngan awak tp mmg awak yg salah...tak mengaku plak kuih bahulul)    hehe..... dengan muka merah padam minah ni hempas pintu keto dia n  aku wt tak tahu cm xder aper yg berlaku meneruskan perjalanan ke tempat kerja......

moral of the story.....kesabaran i2 penting dalam aper jua keadaan ok tak kisahlah pompuan@lelaki ciow

21 February 2012

Kekal tarikh tunggakan gaji SBPA

PUTRAJAYA 20 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap mahukan tarikh tunggakan gaji mengikut Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kekal pada 1 Januari lalu, seperti yang dipersetujui sebelum ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berpendirian tarikh penguatkuasaan gaji SBPA perlu dikekalkan walaupun pelaksanaan skim tersebut ditangguhkan untuk semakan semula.
"Kalau berlaku perubahan tarikh nanti, ini bermakna opsyen sebelum 30 Disember termasuk selepas 15 Januari seperti yang ditetapkan sebelum ini, tidak akan diterima.
"Dan pihak yang bertanggungjawab perlu membuat semakan semula mengenai langkah penyelesai kes SBPA itu," katanya ketika ditemui pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tunggakan gaji kakitangan awam mengikut skim SBPA yang kini dalam proses penambahbaikan.
Omar menambah, CUEPACS juga mahukan surat pekeliling mengenai pelaksanaan skim tersebut ditangguhkan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
"Tindakan ini adalah untuk mengelakkan penjawat awam menghadapi kesukaran berhubung isu pelaksanaan SBPA," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan membentangkan hasil bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA kongres tersebut kepada Jawatankuasa Penambahbaikan SBPA yang ditubuhkan kerajaan pada Rabu ini.
"Pada 17 dan 18 Februari lalu, pihak kami telah mengadakan bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA CUEPACS berhubung pengekalan cadangan lima perkara yang diutarakan kongres supaya diteliti kerajaan," katanya.

Sumber : utusan.online