cute miut plak aq tgk gambo anak-anak masa kecik2 dulu......cepat betul masa berlalu......teringat masa mula2 dapat bby terkial-kial jugalah mujur ader emak yg banyak bagi tunjuk ajar hinggalah boleh berpantang dan menjaga anak kecil dengan sendiri. jasa ibu ngan ayah tetap menjadi kenangan terindah dalam idup aq sepanjang bergelar anak hinggalah sekarang aq sendiri masih belajar untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik buat anak-anak aq sendiri......love u so much :)
Follow Me
16 May 2013
09 May 2013
My Lil Zahra Demam Campak
minggu cuti hari pekerja tu c zahra demam lagi tapi kali ni demam campak plak . naik ting tong gaklah kepala ni dsbbkan kurang tido. pas baik dari demam seminggu lepas kali ni datang plak penyakit lain. Demam beralih bulan sememangnya biasa pada anak2 ni nak pandai sesuatu pun demam gak cam ner? mujurlah cuti aq ni masih bertahan untuk sampai hujung tahun klu x.....risau gak sebab anak2 ni dijaga oleh pihak taska sememangya kena redo.....pas tahu jer c zahra ni kena demam campak trs aq mandikan ngan daun (entah ke hapa namanya) 3 hari pas tu lumur ngan bedak sejuk + daun tulah alhamdulillah c zahra x meragam walaupun demam c zahra tetap boleh senyum pist yo!........semoga cepat sembuh sayang ibu
![]() |
26 April 2013
Melawat Kilang PROTON
Semalam aq ngan akk liza pergi kilang Proton so excitedlah hehehe .....bas bergerak dari opis tepat jam 8.45 pagi dan sampai kat kilang jam 9.35 pagi xderlah jauh sangat.
Sesampai jer kat sana terus ambik gambar berlatarbelakangkan PROTON pissst....diberi taklimat bla bla bla tentang sejarah PROTON ngan sesi soal jawablah kononnya....habis jer taklimat tu kami dimaklumkan sesiapa yg x pakai kasut bertutup dilarang masuk melawat kilang UTAMAKAN KESELAMATAN ok so kami2 yang sememangnya x dimaklumkan oleh pihak urusetia berunggutlah nk juga masuk. Atas keprihatinan pihak pengurusan atasan kami dibenarkan masuk yepi horey!!!!......topi keselamatan wajib pakai sepanjang kami di dalam kilang tu ea dh macam arkitek plak seramai dlm kilang tu hehehe.
Yg kurang seronoknya kami DILARANG AMBIL GAMBAR sepanjang kat dalam kilang tu tapi aderlah abg jurugambar dari pihak PROTON tolong ambik gambar kami2 yang memang jakun huhuhu......dari proses nak buat badan kereta sampailah siap sebuah kereta yang sememangnya cantik belaka nampak senang jer mamat2 kilang tu asyik sungguh memasang komponen kenderaan ngupanya klu leka seketika memang rugi BESAQlah......dia org pun ader gak program inovasi tiap tahun memang kiut miutlah model kereta yang sememangnya kreatif yang dipamerkan kat dalam kilang tu.....
![]() |
| sakit kepala pakai topi ni lemama |
![]() |
| gambar kabur kamera cap ayam kampung heheh |
19 April 2013
Berpisah sekian lamanya.....
Salam kengkawan semua.....
Alhamdulillah setelah sekian lamanya mencari dan terus mencari bertemu jua akhirnya. Jom nyanyi ramai "bertemu dan berpisah adat manusia biasa....ilang d mata tp d hati x lupa.....berdoalah kita agar bla bla bla ........ Naik bersawang dah blog aq ni lama bebenor dok main sorok-sorok dah macam biskut marie plak jap ader jap xder hahaha dan pada detik ini maka blog aq akan beroperasi seperti biasa hehehe....
Peristiwa sepanjang aq menyepi.....
Dikurniakan seorang bayi perempuan yg comel pada 6.12.12 seberat 3.10 kg. berkesempatan juga bersalin d Hospital Putrajaya sedangkan sakit setiap 5 minit tu dari rmh di Kajang hehehe very the power girl aq ni lepas gak dua buah hospital. diberi nama Ardini Zahra.....
C abg masuk PRA Sekolah d Presint 18(1) alhamdulillah c ika pulak 4 tahun wajib beruniform dan harus belajar dengan rajinnya, c kakak kecik arissa pulak d Taska Seri Kandi Menara Usahawan bersama adik zahra(wajib jg adik) . harapan ibu dan ayah semoga anak2 dipermudahkan segalanya dan sentiasa dilindungi olehNYA
![]() |
.......Tamat Sudah.....
01 December 2012
@Menanti kehadiran orang baru....
mmglah orang kata penantian satu penyeksaan tp bg aku biarlah masa dan keadaan yang menentukan. d saat menghitung hari menanti kehadiran orang baru dalam family cuti pun habis cenggitu jer.....sepanjang seminggu berehat vs mgasuh anak-anak istilah berehat xder maknanya pun bg aku klu mmg dh namanya cuti dok rumah dtemani anak-anak. sepanjang hari ader jer aktiviti yg perlu aku buat dh mmg aku ni bukan jenis leh dok diam asal x kena ngan pandangan mata mulalah........ader aku kisahkan perut yang memboyot ni. mmg bby boylah.......aku bley mgesat rumah bayangkanlah cm mana tu......nk cantikkan rmh sendiri punya pasal. aktiviti mgecat tergendala pas aku berpantang c arissa tu........dlm hati ni bilalah nk siap mgecat ni......cik abg plak cbuk memanjang megalahkan YB pencen plak........ last cheak up mgu depan member dok cbuk tanya dh bersalin lom? yang penting semuanya selamat hendakNYA amin persiapan bersalin dan berpantang pun dh siap hanya menunggu tetap menunggu bby syok sangat lama-lama dalam perut ni hehehe
19 November 2012
@Minggu Akhir d Opis
minggu ni adalah minggu terakhir aku kejo sblm cuti bersalin, patut pun selesaikan kerja sbelom pas kat orang lain. mcm2 pesanan yg patut dipesan pada pengganti aku ni maklumlah dh hujung tahun 2012kan. bukan aper pun benda2 yang kadang kala kita terlepas pandang jer walaupun kerap laksanakan biasalah awal tahunkan...... naik kejo nnti xderlah pening maklum ajer semuanya harus d format semula. ambik cuti 70 hari jer nk transform diri dan berehat bersama anak2 come back pada Feb 2013 .....bermulalah episod baru selepas berehat panjang nnti. adakah menjadi super women nk control 4 anak skaligus tunggu.......
d saat kehamilan masuk 38 minggu ni rasa sakit dh mula terasa tanda2 lom ader g, segala persiapan kelahiran dan berpantang telah sempurna hanya tinggal menunggu saat2 manis kelahiran bayi yang comel jer lagi. berkira2 nak bersalin di Hospital mana yek sbb anak2 yang lain lahir d Hospital Putrajaya mmg best maklumlah dh 3 org bersalin kat tempat yang sama hajat hati nk bersalin kat Hospital Serdang plak kot hehehe. semoga dpermudahkan segala urusan olehNYA ampun maaf dpinta pada teman yg mengenali diri ni......
jumpa nanti tahun depan 2013 yang hanya tinggal beberapa hari g ......... insyaallah
12 November 2012
Hari Graduasi Taska Permata Nasyrah 2012
cepat betul masa berlalu bulan November akan melabuhkan tirainya 2 minggu jer lagi........anak bujang aku pulak akan meninggalkan Tadika tempat mula2 ia mendapatkan pendidikan awal skolah dan tahun 2013 melanjutkan pelajaran ke PRA skolah ....... kini yg tinggal hanyalah c ika akan menyambung pengajiannya di Tadika untuk 2 Tahun jer. Entahlah rezeki c arissa dapat jejakkan kaki ke Taska tu ker x, harap2 dapatlah sbb aku hanya inginkan yang terbaik buat anak2. membebel aper dh.....lari tajuk asal ni hehe over excited nampak............sebenarnya aku nk bercerita psl anak bujang aku nk buat persembahan pentas sempena penyampaian sijil untuk pelajar2 6 tahun. majlis mula pada jam 8.30 pagi janji melayu akhirnya jam 9.15 pagi baru mula mujurlah aku sempat tapau makanan yang sepatutnya maklumlah bfast tak dsediakan ok. semua parent dh memenuhi ruang dewan Auditorium JPA yang x seberapa besarnya tapi tempat duduk banyak g yang kosong so xderlah yang merunggut xder tempat walaupun ader segelintir parent yg datang lewat. persembahan dari pelajar cilik mmg best dan lucu, persembahan anak bujang aku mula jam 11.00 pagi sempat gak rakam video buat kenangan d masa depan. pas hbs jer persembahan c arif ni x juga kuar dr belakang pentas padahal kawan2 dh ramai yang kuar c suami cbuk dok tanya mana c arif ni........so bila tiba majlis penyampaian pelajar cemerlang untuk pelajar 4 tahun - 6 tahun c suami dok tanya c arif periksa dpt no. bape? so aku jawab ngan slamber entah? mmg tak dberitahu pun oleh para guru mujurlah c suami tergerak hati p depan pentas kot2 nama anak tersenarai hehehe over tau.......bila pengacara majlis mgumumkan kelas 5 briliant aku pun berdebar gaklah (macam aku pulak yg nk naik pentas hehehe) dan tanpa d duga nama arif zakwan bin azrulhisyam naik no.8 yahoo!!! mmg terbaik walaupun x dpt no.1 - 3 oklah ibu ngan ayah tetap bangga ngan abg muahs hehe.........
![]() |
| Logo Baru 2013 |
![]() |
| Potong Kek Majlis Kesyukuran Bagi Pelancaran Logo Baru Taska Permata NASYRAH 2013 |
![]() |
| sejuk perut ibu yg mgandungkan, seusia 6 tahun leh hafaz surah yasin ayat 1 - 15 |
![]() |
| Penyampaian Sijil Pelajar 6 Tahun semua Cawangan Taska Nasyrah |
![]() |
| Dpt hadiah yeah.... |
![]() |
| mujur c arissa x meragam, seronok dgr org dok tepuk tangan dia pun ikut skali wpun x bunyi hehehe |
Subscribe to:
Posts (Atom)

























