Follow Me

13 December 2013

Bday Zahra


Setahun yang lalu sewaktu melahirkan zahra, tersemat sebuah kenangan yang tidak dapat dilupakan hingga hujung nyawa. Kesakitan sekerap 5 minit dengan tanda darah sewaktu tengah mlm, suami cemas hingga terlepas dua hospital yang mmg hampir dengan rumah. Dari Kajang berdesup terus ke Hospital Putrajaya aduhai tuhan jer yang tahu betapa gemuruhnya en.suami padahal anak ke-4 jer hehehe. Apapun kenangan melahirkan zahra tetap mencuit hati aku dengan kelahirannya. Selamat hari lahir sayang ibuayah, semoga menjadi anak yang solehah berbakti pada ibu ayah dmurahkan rezeki dan dpanjangkan umur. #ibuayah*abgkakak*sygadik*ketatketat#
@@


Cripy Kapit Transformasi

Crispy kapit sememangnya ranggup dan lazat. Sekali cuba pas nak lagi....kepada pengemar kuih kapit@kuih sepit jangan lepaskan peluang menikmati keranggupan ngan 2 perisa berbeza coklat dan peanut butter yang sedang laris ni nyum...nyum...lazat x terkata..
MESTI CUBA!

Whatsapp zai : 0166452812
Sebalang RM25 (40 pcs)

 
 

Ingin menambah pendapatan sampingan hubungi saya untuk maklumat lanjut @@

08 November 2013

Hangat di Pasaran!

As salam pada semua rakan blogger semua......nk cantik tak...nak sihat tak...nak kurus tak....ibu yang menyusu badan pasti nak susu meriah gilerrr kan..kan...kan.....dapatkan produk yang sangat laris dipasaran untuk kesihatan anda dan keluarga anda jua.....minat nak jadi ahli dengan bonus yg sangat lumayan tiap2 bulan dengan kerja keras yang korang buat memang berbaloi2 $$$$.....

whatsapp zai@0166452812
call@ sms pun boleh 0132776962



28 October 2013

Tanpa Di Duga Alhamdulillah...

Salam pagi Isnin semua.....
korang dh dengar berita gembira selepas jer pembentangan Bajet 2014?
kami para petugas sungguh excited, jewlah PM lom baca info kami dah tau hehe
walaupun bonus dapat januari 2014 tapi aq tetap bersyukur...... 
subsidi taska dh dinaikkan daripada 3k ker 5k pendapatan isi rumah....
syukur alhamdulillah rezeki anak-anak...
selesai!
*@)(@*

10 October 2013

K.Cik Bday


23.8 lepas buat makan-makan cikit nk sambut bday k.cik yang ke-2 tahun. Terasa masa berlalu begitu pantas, anak2 sudah membesar dengan jayanya....alhamdulillah. Plan asal nk buat kat taska jer tapi x berkesempatan plak...yerlah pagi2 cibuk ngan anak2 yang lain.....daripada kek x jd rupa kek baik xyah.......yang penting dapat juga sambut walaupun sederhana, tapi yang x boleh bla tu c ayahnya over excited p letak nama c zahra 1 thn mmg terdetik dalam hati masa singgah kedai kek tu......kan dh salah....mujurlah nama c k.cik ni zahirah kt hujung nama xderlah ketara sgt salahnya atoiiii.....apa pun ibuayah, a.long,k.ngah n bambam zahra ucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur dmurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah amin......love u k.cik *@@*

 



09 October 2013

Alhamdulillah


Syukur dan bangga c arif terpilih mewakili sekolah untuk pertandingan bijak PRAsekolah 2013. Walaupun dapat saguhati jer untuk kategori bahasa melayu (menyusun kad + buat ayat) berkad usaha dan sokongan para guru ucapan terima kasih yang dapat diungkapkan. Doa ibuayah selalu mengiringi abg amin.....


Masak masak

As salam semua rakan blogger, dah lama x dgr kabar yer. Xder kesempatan pun nk update blog ni, macam-macam kena buat (**bzsgtkeraqni**) hehe. Alhamdulillah dgn masa yang ader ni nk ler citer apa aktiviti yang aq dh buat kan..kan..kan....poyos jer aq ni. Malas nk citer panjang cuma nk bgtau jer yang aq sedang dalam mood nk cuba sesuatu jer huhuhu :)..Citer yg lps aq masak apam polkadot kali ni entry aq up cikit wt kuih plak .....jom layan
 


24 September 2013

Glitter Glam Raya

Nak juga post buat kenangan di masa depan glamor gitu ala-ala retis hihihi....sambutan hari raya opis dan perpisahan rakan-rakan seperjuangan turut diraikan bersama. Turn aku entah bila tgu jerlah setiap apa yang berlaku akan lebih mematangkan kita untuk lebih maju kehadapan....Jom layan !!

 
 
 
 

03 September 2013

Cabaran!

Citer dh basi pun tetap nk kongsi gak hehehe. Mood ingin mencuba sudah mari, maklumlah asyik makan hasil tangan akk jer apa kata aq plak yg cuba hehehe. Percubaan kali pertama berjaya setelah segala tunjuk ajar dipatuhi bersungguh-sungguh kalah org nk ambik exam kuikuikui hikhik .......maklum jerlah bukan tentu menjadi setiap percubaan masak-memasak ni, klu x kena gayanya masuk tong sampahlah tp dengan keyakinan nk buat itu ada, alhamdulillah walaupun x sesedap tukang masak kt kedai tu.....

Masak nasi ayam ok tp part sos ngan kicap tu agak kureng (**lainkalicubalagi**) anak kata ok kira luluslah hehe......Buat pertama kalinya aq nk buat nasi hujan panas tu alhamdulillah mmg sedap tapi dsbbkan takut nasi x menjadi aq buat ngam-ngam jer untuk makan tengahari sudahnya makan malam nasi putih ngan lauk yang tinggal jerlah jawabnya sian kat anak2....lain kali ibu buat banyak ea biar puas korang makan sayonara......... Part nk buat kek span ni g mencabar, aq ni mana pernah guna oven klu setakat microwave tu oklah tp alhamdulillah berkat kesungguhan memang berhasil....



Untuk juadah minum petang kami

Riangria Raya vs Sambutan Hari Lahir

Agak bizi cikit bulan raya ni maklumlah bulan mengisi perut ngan makanan free hehehe i like!. Hujung minggu jer ader jemputan open house, rakan2, sanak - saudara datang berkunjung ke rumah acara masak -memasak plak kt rmh nk jamu org datang beraya d rmh plak hadoi letihnya....Raya tahun ni kami sekuarga beraya di kampung suami seri menanti kuala pilah negeri sembilan. Raya tahun ni aq memang xder mood langsung ngan situasi aq yang memang kurang sihat batuk selsema sakit kepala lg ngan cuaca panas kt kampung aduhailah badan......Nk ajak shopping baju raya sdr pun xder mood....nasiblah baju raya ader mood nk cari klu x carcamarbalah gamoknya raya tahun ni.....Nk citer cikit psl tema baju tahun ni asalnya nk color grey tp entah camner bertukar colour ijau hehehe nasib baiklah x ambik gak warna tu klu x sepakat membawa berkatlah ngan kuarga biras aq, tema tahun ni agak kurang ceria huhu.....Selit plak ngan citer sambutan hari lahir sememangnya x drancang, secara spontan jew masing2 nk join sekali asalnya nk potong kek utk bday ika@23.7 so mmg meriahlah ngan pelbagai kek masing-masing hehe.....

Layan jer
.
.
.
.

***Sayang korang semua muah***

02 July 2013

Apam polkadotlah konon

semangat tul aq ni mentang-mentanglah baru beli pengukus baru nk cuba macam-macam resepi kuih plak hehehe.....jumaat lepas sebelom pegi melawat Floria 2013 aq nekad nk buat kuih apam polkadot kat rumah. salin resepi kaw-kaw dari kakak aq yg memang terer buat apam ni siap bagi bahan yg sememangnya aq xkan jumpa kat kedai biasa-biasa ni hanya kedai jual bahan buat kek jew jumpa. dengan penuh semangat petang tu juga aq cuba buat apam polkadot tu.......detail bukan main g takut apam x jadilah kononya dan akhirnya inilah hasilnya.....tara!!!! 

 
anak-anak cukup x sabar nk terkam c apam yang comel ni walaupun hanya biasa-biasa jew. bila dh terlampau excited pewarna pun lupa nak letak maka akibatnya apam suci murnilah jadinya hahaha

17 June 2013

Selamat Hari Bapa

Dikesempatan yang ada ni kami nk ucapkan selamat hari bapa buat semua bapa diluar sana terutama skali buat insan yang selalu membahgiakan kami sekeluarga en.suami vs ayahnya. Walaupun x dpt sambut disebabkan outstation d sarawak tp kami tetap sayangkan ayahnya *pelukanayahsentiasamenenangkanjiwa*. Tidak ketinggalan buat ayah tercinta yang banyak berkorban dan mengajar erti kehidupan kami adik-beradik, serta ayah mertua jua....


13 June 2013

Tempat kerja berpotensi untuk gemuk?





Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa pejabat adalah tempat berpontensi untuk anda gemuk. Ini kerana terdapat banyak sebab berat badan anda boleh naik ketika berada di pejabat. Salah satunya anda menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga yang banyak pada pekerjaan yang dilakukan menyebabkan anda cepat berasa lapar.

Menurut sebuah buku 'The Snack Factor Diet', ketika anda lapar, gula darah akan rendah dan ini akan menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah, anda akan berusaha mencari makanan atau snek.

Makan tengahari di luar juga boleh menjadi masalah kepada anda kerana anda tidak tahu berapa kalori yang anda makan. Oleh itu, ia akan menjadi punca kepada masalah berat badan kepada anda.

Di sini kami ingin berkongsi langkah-langkah untuk anda mengatasi masalah ini dan mengubah pola hidup yang lebih sihat.

KURANGKAN MAKANAN RINGAN
Walaupun snek seperti biskut dan kerepak memberi tenaga tetapi ia turut menyimpan lemak yang tidak diperlukan. Anda boleh bawa snek sihat dari rumah seperti buah, yogurt atau kacang.

KURANGKAN TEH ATAU KOPI
Minum teh atau kopi sebanyak dua jam sekali atau berlebihan adalah tidak elok. Ia akan membuatkan anda merasa gelisah, mudah marah, dehidrasi dan menganggu pola tidur. Gantikan minuman ini dengan pilihan minuman lain yang lebih sihat dan kurang gula seperti teh hijau, air limau nipis atau jus buah.

MINUM BANYAK AIR MINERAL
Walaupun anda akan sentiasa keluar masuk ke dalam bilik air, tetapi jika anda minum air mineral yang banyak anda akan dapat mengelak dari mendapat sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi, meningkatkan rasa lapar dan kulit kelihatan kusam.

ELAK MAKAN MALAM
Makanlah di restoran bersama kawan selepas habis masa kerja. Jika tunggu sehingga sampai rumah, rasa lapar akan datang pada waktu malam. Jika anda betul-betul lapar, makanlah sayuran atau beberapa jenis makanan yang kaya dengan protein. Elakkan makan nasi atau roti sebelum tidur.

ELAK MAKAN BANYAK PADA HUJUNG MINGGU
Sukses menjalani diet selama hampir seminggu tidak bermakna anda boleh makan sepuasnya pada hujung minggu. Lakukan rawatan di spa, membeli novel atau menonton wayang yang lebih menyenangkan sekaligus menjaga berat badan anda.

12 June 2013

Cantik gak!


As salam semua......
tak bley nak kata apa......orang jakunlah katakan lalala
baru ajar skali nk buat berkali-kali huhuhu
asal ader gambar baek punya mula gatal tangan nk mengedit...
suka sangat ngan gambar ni....so sweet love u alls!!!

 


05 June 2013

Pencarian

As salam...
Rambang mata dibuatnya mana satu menjadi pilihan semua cantik-cantik belaka
Google sana google sini setiap hari alahai pening nk pilih
Itulah orang kata anak pompuan bajet tinggi hehehe
Nak buat Majlis Cukur Jambul untuk c bby Zahra puteri bongsu 
plan lepas raya puasa ni insyaallah semoga dipermudahkan segalanya





04 June 2013

Hobi ker???

Ini adalah hobi sampingan en.suami di rmh bila xder kerja luar@melepak ngan member. Semuanya dia yg akan buat dari bab beli ikan baru, bg makan hinggalah mengantikan air aquarium. Sememangnya en.suami bukan kaki pancing tp klu adik ipar yang sememangnya kaki pancing ngajak dilayankan juga. Mujurlah aq ni bukan dalam kategori mengikut sangat ngan aktiviti en.suami yg sememangnya bosanova. Ader kalanya layankan juga walaupun sekejap ambil hati hehehe. Kerja ni g remeh daripada mengemas rumah, membasuh pinggan mangkuk hinggalah melipat kain baju (lari tajuk plak). Aq lebih memilih utk buat kerja-kerja rmh yang sememangnya memenatkan tapi berbaloi pada pandangan mata aq yang sememangnya cerewet tentang kebersihan ni. Apapun aq tetap puji en.suami ni walaupun x banyak masa dirumah tapi yang paling penting air dalam aquarium tetap jernih xderlah kelabu asap nk nampak ikan pun susah....TERBAEK!




Oh My Bday

Citer dh basi pun tapi ader haku kisah nk gak citer kepoh betul hehehe. Bulan Mei ni aq cukup suka sbb akan dapat hadiah double hokey yealah hari ibu dan my bday (30.5) hahaha akan tetapi bajet en.suami akan berganda-ganda g sbb bday emak (28.5) seronoknya hati berbunga-bunga riang ria senyum sokmo. Bday ibu mentua sememangnya dsambut secara kecil-kecilan ngan anak, menantu off cozlah bersama cucu-cucu, thn ni aq x potong kek pun coz masing-masing cbuk nk lik kampung musim cuti skolkan gpun dh dpt hadiah berganda senyaplah klu tak muncung xmo kawan vs merajuk kucing konon. Apa pun aq nk ucapkan Selamat Hari Lahir buat diri aq sendiri, semoga dipanjangkan umur, dmurahkan rezeki, dberi kesabaran yang cukup besar untuk membesarkan anak-anak, menjadi seorang anak yang berbakti pada orang tua dan offcozlah ingin menjadi seorg isteri yang terbaek buat en.suami amin.....

Gambar Kenangan Sambutan Hari Lahir


Sambutan Bday 28 tahun
 
Sambutan Bday ke 30 tahun

16 May 2013

Buah hati pengarang jantung

cute miut plak aq tgk gambo anak-anak masa kecik2 dulu......cepat betul masa berlalu......teringat masa mula2 dapat bby terkial-kial jugalah mujur ader emak yg banyak bagi tunjuk ajar hinggalah boleh berpantang dan menjaga anak kecil dengan sendiri.  jasa ibu ngan ayah tetap menjadi kenangan terindah dalam idup aq sepanjang bergelar anak hinggalah sekarang aq sendiri masih belajar untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik buat anak-anak aq sendiri......love u so much :)

 
 
 

09 May 2013

My Lil Zahra Demam Campak

minggu cuti hari pekerja tu c zahra demam lagi tapi kali ni demam campak plak . naik ting tong gaklah kepala ni dsbbkan kurang tido. pas baik dari demam seminggu lepas kali ni datang plak penyakit lain. Demam beralih bulan sememangnya biasa pada anak2 ni nak pandai sesuatu pun demam gak cam ner? mujurlah cuti aq ni masih bertahan untuk sampai hujung tahun klu x.....risau gak sebab anak2 ni dijaga oleh pihak taska sememangya kena redo.....pas tahu jer c zahra ni kena demam campak trs aq mandikan ngan daun (entah ke hapa namanya) 3 hari pas tu lumur ngan bedak sejuk + daun tulah alhamdulillah c zahra x meragam walaupun demam c zahra tetap boleh senyum pist yo!........semoga cepat sembuh sayang ibu

 

26 April 2013

Melawat Kilang PROTON

Semalam aq ngan akk liza pergi kilang Proton so excitedlah hehehe .....bas bergerak dari opis tepat jam 8.45 pagi dan sampai kat kilang jam 9.35 pagi xderlah jauh sangat. 
Sesampai jer kat sana terus ambik gambar berlatarbelakangkan PROTON pissst....diberi taklimat bla bla bla tentang sejarah PROTON ngan sesi soal jawablah kononnya....habis jer taklimat tu kami dimaklumkan sesiapa yg x pakai kasut bertutup dilarang masuk melawat kilang UTAMAKAN KESELAMATAN ok so kami2 yang sememangnya x dimaklumkan oleh pihak urusetia berunggutlah nk juga masuk. Atas keprihatinan pihak pengurusan atasan kami dibenarkan masuk yepi horey!!!!......topi keselamatan wajib pakai sepanjang kami di dalam kilang tu ea dh macam arkitek plak seramai dlm kilang tu hehehe. 
Yg kurang seronoknya kami DILARANG AMBIL GAMBAR sepanjang kat dalam kilang tu tapi aderlah abg jurugambar dari pihak PROTON tolong ambik gambar kami2 yang memang jakun huhuhu......dari proses nak buat badan kereta sampailah siap sebuah kereta yang sememangnya cantik belaka nampak senang jer mamat2 kilang tu asyik sungguh memasang komponen kenderaan ngupanya klu leka seketika memang rugi BESAQlah......dia org pun ader gak program inovasi tiap tahun memang kiut miutlah model kereta yang sememangnya kreatif yang dipamerkan kat dalam kilang tu.....

sakit kepala pakai topi ni lemama
gambar kabur kamera cap ayam kampung heheh
 

19 April 2013

Berpisah sekian lamanya.....


 Salam kengkawan semua.....


Alhamdulillah setelah sekian lamanya mencari dan terus mencari bertemu jua akhirnya. Jom nyanyi ramai "bertemu dan berpisah adat manusia biasa....ilang d mata tp d hati x lupa.....berdoalah kita agar bla bla bla ........ Naik bersawang dah blog aq ni lama bebenor dok main sorok-sorok dah macam biskut marie plak jap ader jap xder hahaha dan pada detik ini  maka blog aq akan beroperasi seperti biasa hehehe....

Peristiwa sepanjang aq menyepi.....

Dikurniakan seorang bayi perempuan yg comel pada 6.12.12 seberat 3.10 kg. berkesempatan juga bersalin d Hospital Putrajaya sedangkan sakit setiap 5 minit tu dari rmh di Kajang hehehe very the power girl aq ni lepas gak dua buah hospital. diberi nama Ardini Zahra.....



C abg masuk PRA Sekolah d Presint 18(1) alhamdulillah c ika pulak 4 tahun wajib beruniform dan harus belajar dengan rajinnya, c kakak kecik arissa pulak d Taska Seri Kandi Menara Usahawan bersama adik zahra(wajib jg adik) . harapan ibu dan ayah semoga anak2 dipermudahkan segalanya dan sentiasa dilindungi olehNYA

 
 

 Sambutan hari jadi c arif secara kecil-kecilan d rmh atok yang ke 6 tahun pada 13.4.2013, en.suami plak last minit ke p outstation so kita enjoy ngan kehadiran m.lang sekuarga ........hepi bday sayang ibu ayah  

 


.......Tamat Sudah.....