“Itu tak berat awak kata? Itu beratlah. Tahu salah,.haram,tapi buat juga”
Berat
memang berat. Tapi si pelaku masih sedar dia berbuat dosa. Jika ada
peringatan atau keinsafan, ada harapan dia akan sedar lalu bertaubat
atas dosa-dosanya. Tapi apa yang saya maksudkan sebelum ini lebih halus
daripada itu.
“Maksud awak orang yang melakukannya tak sedar yang itu haram dan berdosa?”
“Ya.
Lantas apa pun keadaannya dia tidak merasakan perbuatan itu satu dosa.
Dia tidak akan bertaubat atas perbuatannya itu kerana beranggapan
perbuatan itu tidak berdosa.”
“Cepatlah… apa dia?”
“Curi masa!”jawab saya pendek
Dia tergamam.
“Bayangkan,
katalah kita bekerja dengan majikan kita – tak kiralah dengan pihak
swasta atau kerajaan ataupun dengan syarikat kita sendiri tetapi bukan
kita seorang yang memilikinya. Kita dibayar gaji untuk sebulan dengan
tempoh jam tertentu sehari untuk bekerja. Katalah 8 jam.
Tetapi tidak semua tempoh 8 jam tu kita gunakan berkerja…kita buat kerja
sampingan,tidur,mengular,mengulat dan macam-macam lagi.”
“Tapi
sekarang kita kan ada punch card. Jika tidak masuk berkerja tepat pada
waktunya,kita akan diambil tindakan. Mana boleh tak cukup masa.”
“Punch card hanya mampu mencatat waktu kita masuk berkerja, tetapi bolehkah ia mencatat waktu kita mula bekerja?” soal saya.
Dia menggelengkan kepala.
“Katalah
kita masuk tepat jam 8 pagi. Tetapi kita hanya mula bekerja jam 8:15
pagi. Itu tak masuk lagi lepak-lepak di tempat minum, perbualan telefon
yang berlarutan, kerja sampingan, konon kerja luar tapi melencong ke
tempat lain. Macam-macam cara orang curi masa.”
“Salah tu memang salah. Tapi biasalah…”
“Sebab
tulah saya katakan tadi ini lebih halus dan lebih berat. Sebab kita
kata biasalah. Sebenarnya biasa bagi kita, tetapi adakah itu biasa pada
pandangan dan nilaian Allah?”
Dia menung seketika.
“Umar
Ibn Aziz, padamkan lampu yang menggunakan minyak kerajaan apabila
anaknya hendak bercakap soal keluarga. Umar al-Khattab, tak berani buat
advance gajinya daru baitulmal bila dipersoalkan apakah ada jaminan yang
dia akan hidup sampai cukup bulan untuk membayar wang advance yang
didahulukan kepadanya?”
“Itu kisah orang besar…”
“Ya
orang besar yang memandang soal kecil sebagai besar. Sepatutnya kita
lebih-lebih lagi. Kita sebagai orang kecil sepatutnya kita lebih-lebih
lagi. Kita sebagai orang kecil sepatutnya lebih memandang soal kecil
sebagai besar.”
“Takkah kita sengaja membesar-besarkan perkara yang kecil?”
“Beginilah,
sosej bersalut usus babi yang kita termakan, bukan sengaja. Setelah
kita tahu, kita bertaubat. Taubat terus dengan Allah. Kita tak sengaja,
kita tak tahu, atau kita tidak berhati-hati. Bukan itu maksud kita.
InsyaAllah kita ana diampunkan, jika kita benar-benar menyesal. Itu dosa
kita dengan Allah.”
Tapi
dosa curi masa; sedangkan, gaji yang kita terima penuh, sedangkan pada
hakikatnya kita tidak layak dibayar pada tempoh masa yang kita curi.
Masa yang dicuri sekarang sudah bertukar jadi duit curi. Siapa punya
duit yang kita curi tu? Kalau kerajaan, duit rakyat. Kalau swasta, semua
pemegang modal atau saham. Katalah kita sedar dan hendak bertaubat,
bukan mudah. Tak semudah termakan sosej haram, cukup dengan Allah.
Tetapi ini kena minta halal dan maaf pada semua yang punya hak……….
Petikan drpd Buku Nota Hati Seorang lelaki