Follow Me

24 February 2012

Pandainya....adik baca

Assalamualaikum.......
anak2 ader masalah untuk belajar?
dapatkan petua2 dari orang tua2 k....
sesajer nak kongsi kegembiraan untuk anak aku yang sulong c arif ni....

~ ~ ~ ~   layan   ~ ~ ~
 
buku pertama habis baca


pertengahan bln 2 baru ni tukar buku plak nk capai target bg guru2 untuk awal persekolahan katanya (siap jumpa aku nk taulah kat rmh ader buat ulangkaji ker tak c arif ni sambil tunjuk prestasi kedudukan ke-3 dlm kelas .....hehe) dan sebagai pembakar semangat ader hadiah menunggu i2 yang semangat
 
ni yang aku nk tgk.....usaha lebih dan bersemangat hari2 aku suruh baca n ulangkaji (sian anak ibu)
banyak bebenornya kejo rmh yang harus disiapkan ni baru 5 thn@Taska Nasyrah KPDNKK

bila menulis asyik2 padam bukan sbb salah tp tak cantik katanya ikut suka kamulah

inilah hasilnya





permulaan yang bagus selepas mencuba minuman yang berasaskan soya ni c arif mmg dh tak minum susu dh.....i2 yang syorkan cuba produk lain alhamdulillah nampak keberhasilannya....


23 February 2012

Ceramah

Assalamualaikum......
jom beramai2 pergi ceramah bersempena sambutan Maulidur Rasul di Surau MOF hari ni
majlis bermula jam 12.30 tengahari , bersama-samalah kita menambahkan ilmu pengetahuan 
penceramah jemputan adalah Imam Muda Aran (Ahmad Hazran Ahmad Kamal) insyaallah.........

22 February 2012

Comel ker??



sekali pandang macam kembar ......
dua kali pandang mmg serupa.....
adik beradik mmg tak dapat dipisahkan......

up's c abang plak...



Op's Tercium Plak

Macam gempak jer tajuk ni hehehe nk kecoh gak pepagi nie berlaku insiden terrrrcium pintu keto org depan taska anak biasalah pepagi orang nk cepat spai pejabat (termasuk akuler) takut merah plak punch card kan..kan...kan nk salahkan aku tak bley gak coz masa aku nk undur keto aderlah minah ni ngan giler kuasa dsbbkan ketidaksabarannya mgundurkan keto gak tak nampak ker merah tanda berhenti terjadilah insiden terrcium tuuu.....kemik  pintu belakang dikerjakan oleh keto aku kuat harimau tul bumper keto ku ini.......dhlah keto sama brand W.i.R.A kow....terjadilah salah faham dituduhnya aku tak nampak dia tgh undur keto gak masa 2.....(punlah lama dlm keto 2 ingat xmo kuar g ) aku per g katalah yg ko tak sabar sangat naper tak nampak ker aku tgh undur keto yang ko undur gak naper? (cm soalan bodoh plak time tu ngeh...ngeh)......alih2 minah nie naik angin leh kata ' klu nk cari gaduh psl awak punya salah baik tak payah dan dia terus masuk kereta' (nampak sgt ko yang salah) siap rekaciter g bor jalanlah nk layan story mory ko mujurlah keto aku masih elok klu tak mahu aku tuntut mana yang patut.......dikesempatan yang ader minah ni dgr gak laser mulut yang tak diinsurankan hahaha (bukan sy nk gaduh ngan awak tp mmg awak yg salah...tak mengaku plak kuih bahulul)    hehe..... dengan muka merah padam minah ni hempas pintu keto dia n  aku wt tak tahu cm xder aper yg berlaku meneruskan perjalanan ke tempat kerja......

moral of the story.....kesabaran i2 penting dalam aper jua keadaan ok tak kisahlah pompuan@lelaki ciow

21 February 2012

Kekal tarikh tunggakan gaji SBPA

PUTRAJAYA 20 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap mahukan tarikh tunggakan gaji mengikut Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kekal pada 1 Januari lalu, seperti yang dipersetujui sebelum ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berpendirian tarikh penguatkuasaan gaji SBPA perlu dikekalkan walaupun pelaksanaan skim tersebut ditangguhkan untuk semakan semula.
"Kalau berlaku perubahan tarikh nanti, ini bermakna opsyen sebelum 30 Disember termasuk selepas 15 Januari seperti yang ditetapkan sebelum ini, tidak akan diterima.
"Dan pihak yang bertanggungjawab perlu membuat semakan semula mengenai langkah penyelesai kes SBPA itu," katanya ketika ditemui pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tunggakan gaji kakitangan awam mengikut skim SBPA yang kini dalam proses penambahbaikan.
Omar menambah, CUEPACS juga mahukan surat pekeliling mengenai pelaksanaan skim tersebut ditangguhkan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
"Tindakan ini adalah untuk mengelakkan penjawat awam menghadapi kesukaran berhubung isu pelaksanaan SBPA," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan membentangkan hasil bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA kongres tersebut kepada Jawatankuasa Penambahbaikan SBPA yang ditubuhkan kerajaan pada Rabu ini.
"Pada 17 dan 18 Februari lalu, pihak kami telah mengadakan bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA CUEPACS berhubung pengekalan cadangan lima perkara yang diutarakan kongres supaya diteliti kerajaan," katanya.

Sumber : utusan.online

20 February 2012

No.1


Assalamualaikum........


Gembira riang ria bukan hari laya toing toing akulah no. s.a.t.u hehehe
meroyan ke haper minah sorang ni pepagi isnin ni xder kena mgena ngan skim cepat kaya
tengah2 bulan cam gini pulus ada cm tak cukup jer wpun tinggal beberapa hari g nk kayo (gaji gomen jer k) hehe tiada pilihan g keluarkan wang yang telah ditabungkan di bank (ikut kata hati) agak2 berapa ribu lemon yang tinggal (semak bonus asb dulu...penting tuu
nk citerlah, jumaat lepas kisahnya pegi ke bank
ooop's akukah orangnya jeng..jeng..jeng (malu2 kucing..meow2 terrgediks) mengambil no. giliran hahaha......semangat ko padahal ramai yg dok tgu sblm aku...
 (No.Anda 2001 sila duduk anda akan dlayan sebentar lg.....ayat dlm tiket i2lah) huhu
nampak sangat aku orang yang pertama tercegat depan pintu bank....no no no 
aku pergi dalam jam 9.05 pg sesajer takut bos tanya mana ilang pagi2 ni....
maklumlah staff kami tak ramai...yang tinggal di off hanya first bos ,second bos dan akuler 
yg lain bercuti rehat, cuti jg anak sakit (smoga bby k.wanie cepat sembuh) , p overseas (meeting ok...bukan berfoya2), bertugas d bilik operasi (BR1M ...hehe nk gak mohon tp terang g bersuluh anda tidak layak...padan muka aku)......sesajer nk bgtau x penting pun.....poyos dow

13 February 2012

Kahwin Lagi


bersempena Maulidur Rasul yang lalu cik puan anis anak wan acik mengabadikan semaian bunga yang tumbuh segar di taman astakona xder kena mengena ngan bunga ok merapu jer hehe kasih sayang sebenornya menamatkan status bujangnya huhuhu join the club sayang....cepat2 dpt bby versi sepupunya c nasya bunting pelamin

majlis pernikahan petang sabtu kat rumah jer....yang syoknya depan tasik berlatarbelakangkan masjid yang tersergam indah.....


< Selamat Pengantin Baru Semoga Berbahagia Hingga Akhir Hayat....amin >


 sesajer suka-suka bergambar bersama pokcik2, mokcik2, sedara mara, sepupu sepipit dan ramai g yang aku tak hinggat nama2nya sambil sedut udara spai kembung kwang...kwang     layan jo ler



i like very much.....ambik berkat nk bby pompuan

cucu kesayangan wan.....

anak dara yang malu2 tapi mau berposing

10 February 2012

Suami Tolak Ajakan Isteri

Sekadar Perkongsian  drpd PA&MA

Jika isteri menolak ajakan suami untuk membuat hubungan seks, maka malaikat akan melaknat isteri sehingga subuh. Akan tetapi bagaimana pula sebaliknya jika suami yang menolak ajakan isteri untuk membuat hubungan seks, adakah suami akan dilaknat oleh malaikat juga?

Hadis-hadis Rasulullah dalam persoalan ini hanya menyentuh kepentingan isteri memenuhi ajakan suami untuk membuat hubungan seks dan ancaman kepada isteri yang enggan. Setahu saya, tiada hadis yang menyentuh kepentingan suami memenuhi ajakan isteri untuk membuat hubungan seks dan ancaman kepada suami yang enggan. Ini berlaku kerana lazimnya suami yang memiliki daya keinginan seks yang tinggi manakala isteri pula sibuk dengan urusan lain sehingga tidak memerhatikan keinginan seks suami.

Pun begitu, ini tidaklah bererti suami boleh mengabaikan ajakan isteri kerana dari sudut hukum agama, isteri memiliki hak yang sama dengan kewajipannya. Oleh itu jika isteri berkewajipan memenuhi ajakan suami, suami juga berkewajipan memenuhi hak atau ajakan isteri untuk melakukan hubungan seks. Semua ini berdasarkan firman Allah: Dan para wanita (isteri) mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. [al-Baqarah 2:228]

09 February 2012

Pegawai kerajaan wajib serah gaji kepada isteri


GORONTALO 8 Feb. – Pemerintah wilayah Gorontalo di bahagian utara Kepulauan Sulawesi bakal mewajibkan gaji suami yang berjawatan pegawai jabatan kerajaan dipindahkan sepenuhnya ke akaun isteri masing-masing pada setiap bulan. Dasar baru yang akan mula berkuat kuasa bulan depan diperkenalkan memandangkan kebanyakan isteri pegawai jabatan kerajaan tidak mengetahui jumlah gaji dan elaun yang diterima suami mereka.
Gabenor Gorontalo, Rusli Habibie berkata, pengenalan dasar itu kelak akan menjawab pertanyaan para isteri pegawai jabatan kerajaan yang sering mengeluh tidak mengetahui pendapatan suami mereka setiap bulan. Katanya, melalui dasar baru itu, gaji suami yang bertugas sebagai pegawai jabatan kerajaan akan dipindahkan ke akaun peribadi isteri mereka.

07 February 2012

Terjebak!


minggu lepas kat opis teman sepejabat datang nk jual barang mekap (aper g kawan call teman sepejabat yg sewaktu dengannya....hehe) ingatkan xmolah beli 'window shopping' wit x cukup gaji lama g ngeh..ngeh...sengeh spai telinga bila dia kuarkan barang2 yg ader dlm kotak i2 jeng2......window shopping tah ke mana hahaha terjebak ko, kebetulan plak minah nie jual produk yang aku pakai semenjak 2 menjak nie.....murah pun murah barang mahal x mampu ikut poketlah. mekap yang sedia ada habis rosak disbbkan anak dara aku sorang ni...tambah koleksilah nampaknya.....tapi masih ader g barang yg aku nk habis stok kira tgu glah hehe (taukeh byr ansuran ok hehe..).......bukan bmekap sgt pun ala kadar jer nk make over kononnya haha...search tenet nk belajar cara2 yg betul bermekap takut gak bila pakai org lari tgk muka ala-ala hantu kak limah...kwang..kwang...

Koleksi Baru.....

jimat bedak yg aku beli tahan 5 bulan

mekap yang rosak dikerjakan anak dara aku



02 February 2012

suka-suka ati


semalam cuti bagi Wilayah Persekutuan oleh itu kami sekuarga hanya lepak2 makan2 rehat2 di rumah jer. si suami bersama rakan setugas menterjah kontraktor rumah yang tidak melaksanakan tugas dengan sebaiknya dan meminta pampasan yang sewaktu dengannyalah. harapan yang mengunung nk tgk mahligai indah kesampaian tahun ni. aktiviti di pagi hari selepas semua tugasan rumah telah diselesaikan dan perut telah berisi dengan senang hatinya snap...snap....snap itulah kejo kami anak beranak. tanpa disangka petang i2 terjadilah satu insident berdarah c kakak jatuh tangga dsbbkan syok sgt naik turun tangga bersama c abg mujurlah hanya pecah bibir klu tak ....ermm ragam anak2


sian bby jadi mangsa nyamuk



bos kecil senang hati

aku boleh!


menjadi mangsa abg n kakak





01 February 2012

Makan Free


petang yang aman damai kerna anak2 n suami tengah dibuai mimpi indah,baru sempat nk upload gambar kami anak beranak berposing dsbbkan bosan menunggu terlalu lama di tepi jalan dekat selayang. sabtu lepas dengan tiada program so aper g makan free kt kenduri kahwin anak pompuan pak wan pemandu opis kat rawang. sementara nk tunggu para geng vs pokcik yang nak convoi sama-sama inilah kjo kami hehe jom layan gamba yang sempat aku ambik bersama anak2 di dalam keto
.
.
.
.